02 August 2016

Sekretiat Mahasiswa Asasi, UiTM Dengkil



Assalammualaikum dan hai semuaa,


Kali nie akak nak perkenalkan satu persatuan yang famous kat Pusat Asasi UiTM Dengkil nie. Persatuan ini dinamakan Sekretiat Mahasiswa Asasi atau nama manja SMA. Kat sini bila sebut je SMA, semua paham lah yang ia merujuk kepada satu kumpulan siswa dan siswi yang membantu jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan lecterur-lecterur dalam menguruskan program yang dianjurkan kat universiti nie.

Selain itu, SMA juga menjadi orang tengah dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada pelajar-pelajar. SMA turut menjadi salah satu tempat yang dipercayai untuk bertanyakan soalan, membuat aduan dan permasalahan mengenai kolej kediaman, program dan akademik. Ya, tanyalah apa-apa pun pada SMA, diorang akan willingly dan sedia membantu.






Untuk pengetahuan, akak adalah salah seorang ahli SMA dalam Jawatankuasa Akademik bagi tahun 2015/2016. Program-program akademik atau permasalahan dalam akademik semua akak dan ahli jawatankuasa yg lain yang akan uruskan pasal nie. Yang penting, inform kat kitorang SMA ataupun buat aduan. Maka, tindakan susulan akan dibuat. Contohnya, program Talk bagi pelajar fail Test 1.


Kitorang SMA ada baju korporat dan baju T-shirt seragam yang mana setiap hari rabu, wajib untuk pakai baju seragam nie. Jika ada terlibat dalam beberapa program, kitorang dapat free baju yang sama warna untuk kendalikan program terbabit. Supaya pelajar-pelajar lain dapat membezakan antara SMA dengan orang lain bagi memudahkan mereka bertanyakan soalan.


Antara aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh SMA ialah :



1. Eksplorance UKM


Dalam program nie, kitorang SMA wakil Pusat Asasi bertanding dengan universiti lain dalam Eksplorance yang diadakan di UKM. Kitorang menang banyak hamper dan menangi hadiah utama dalam eksplorance nie tau iaitu hadiah cash bernilai RM1000. Masa nie, ketua penasihat sangat bangga dengan kitorang..haha..Tahniah SMA!!




Minggu Destinasi Siswa UiTM Dengkil (Orientasi)






Karnival Sukan Pusat Asasi (KASPA)

Ada banyak acara sukan yang dipertandingkan antaranya ialah bola jaring, bola tampar, tennis, badminton, bola sepak, futsal, carom, catur dan pingpong. Dan akak hanya volunteering handle Ping Pong dan catur. Sukan yang lain-lain tu SMA yang lain handle. Kitorang bagi tugas. Makanya, dalam blog nie, akak dapat kongsi gambar Ping Pong dan Catur je..hehe




Amboii SMA kantoi selpiaq!!










Masa program, breakfast, lunch and dinner, our food is provided. Makan di Cafe Palma. Bestt jimat duit poket aii hari tu..haha

Kalau ada program, kitorang boleh guna basikal. Seronok dapat pusing-pusing satu UiTM Dengkil. Boleh mintak kat bangunan hep yeee..



Annual Gala Dinner Asasi 2015/2016


Barisan SMA yang menjayakan Annual Dinner Asasi bergambar bersama Pengarah Pusat Asasi dan Para Penasihat SMA di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor



Makanan pun sedap!! Yummy!!



  


Seingat akak, masa nak handle Annual Dinner, tiap-tiap malam ada meeting sebab nak urus pasal tiket dan kehadiran pelajar...

(Disebalik tabir)
       Tengah adakan ujibakat persembahan untuk Annual Dinner malam tu



Farewell Dinner SMA 2015/2016

Inilah Ketua Pengarah Asasi dan Ketua Penasihat SMA


Ini Barisan Penasihat dan Pensyarah UiTM Dengkil.



Amboii makan kambing golek yeee..





Interesting right? Jadi, adik-adik berminat nak jadi SMA? Apa kriteria dia?

Pertama kenalah mempunyai kredibiliti bersifat tolenrasi, kompetitif, pandai bahagikan masa, bijak berkomunikasi, berani, sukakan cabaran dan yang paling penting pandai sesuaikan diri dengan mudah serta bekerjama dalam kumpulan. Sebab kita bergerak dalam kumpulan dan sentiasa memerlukan antara satu sama lain iaitu saling bantu-membantu.


Untuk menjadi ahli SMA, adik-adik tidak perlu buat terlibat dalam pilihanraya, ada cabutan undian bagai seperti matrikulasi atau di universiti awam lain. Sebab, SMA dipilih bukan semata-mata undian ramai(famous), promote usul atau menifesto yang tindakan tu entah jadi buat ke tidak.




Cara untuk menyertai Sekretiate Mahasiswa Asasi :



  1. Beri perhatian pada pengumuman pengambilan SMA pada tahun semasa.
  2. Dapatkan borang dan isi dengan lengkap. Tuliskan jawatan-jawatan besar yang adik masuk ketika sekolah menengah dahulu dan hantar. Tips, penilaian borang berdasarkan jawatan dan penyertaan aktif ketika di sekolah dulu. 
  3. Semak nama adik apabila keluarnya senarai nama layak ditemuduga. Selalunya, keluar di Facebook group rasmi atau sebaran di whatsapp.
  4. Pergi temuduga dengan pakain casual dan kemas.


Tips Temuduga Sekretiat Mahasiswa Asasi :



  1. Panel temuduga adalah terdiri daripada barisan pensyarah UiTM Dengkil. Jadi, relaks and cool because they are all kind. Ingat! Mereka semua ni menemuduga adik-adik dengan satu je objektif utama iaitu untuk melihat betapa komited dan keazaman adik-adik menjadi SMA. Diorang mencari ahli-ahli SMA generasi baru yang sanggup melakukan kerja, memudahkan urusan sama seperti bekas-bekas senior SMA dahulu. They wanna find someone to do work like old SMA. Senang kata, diorang sebenarnya nak seorang yang dapat menggalas tugas dengan BERTANGGUNGJAWAB 


2` Contoh soalan pertama yang famous ialah " Kenapa awak berminat untuk menyertai SMA?". Tips jawapan ialah, bagitahu jawapan yang menunjukkan kesungguhan dan komited.


Contoh : Saya berminat untuk menyertai SMA kerana sejak di sekolah lagi saya suka menyertai dan menguruskan program-program. Dan saya jenis suka terlibat dalam banyak program. kenal banyak kawan dan suka bergaul dengan orang lain. Kalau diberi peluang, saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam mempastikan tugas yang saya galas tu berjalan dengan lancar.


3. Soalan : Bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan atau menyebarkan maklumat tentang program yang akan berlangsung kepada 3000 lebih pelajar asasi dalam masa sehari jika program tu berlansung esok?


Jawapan : Selain daripada announcement melalui polis bantuan, seluruh kolej kediaman akan dengar atau menampal poster di lif dan Anjung Dengkil, saya pasti cara terbaik yang dapat dilakukan dengan menyebar melalui whatsapp group ketua class. Bina group untuk semua wakil ketua kelas. Sebarkan dalam tu dan setiap ketua kelas akan menyebarkan kepada group kelas masing-masing.


4. Apa pendapat awak tetang pergaulan antara lelaki dan peremuan ketika handle Annual Gala Dinner? Kerana sebeum nie telah timbul satu isu kepada SMA berikutan cara menguruskan Annual Gala Dinner Asasi?


Jawapan : Pada pendapat saya, tak salah untuk bekerjasama lelaki dan perempuan dalam handle Annual Dinner atau beberapa program yang lain, asalkan masing-masing tahu batas-batas dia dan peranan masing-masing dalam memastikan program tu berjaya. Dalam lumrah kerja, lelaki dan perempuan memerlukan antara satu sama lain untuk menyiapkan kerja dengan jayanya.

Yang penting suara awak jelas dan yakin.

Itu contoh soalan yang tanya masa akak ditemuduga. Dan ofcourse banyak lagi jenis soalan yang lain. Yang kat atas tu hanya perkongsian akak sahaja..


Ingat memegang sesuatu jawatan bukan untuk menunjuk atau berasa hebat berbanding rakan yang lain tetapi ia adalah satu tanggungjawab dan amanah yang lebih besar. Banyak masa dan tenaga terpaksa dikorban semata-mata untuk memastikan sesuatu program berjalan lancar. Hanya orang yang ikhlas sahaja dapat merasa nikmat dan kebahagiaan ini. Stay sincere and humble! Enjoy your hardwork!!


 Jadi, akak doakan adik dapat lakukan yang terbaik dan akhir sekali Goodluck!! Semoga Berjaya!!


Ikhlas from me, Kak Ain Syahirah :D


No comments:

Post a Comment

Thank you for leaving a comment.